Saturday, June 14

Pakaian seragam seksi?

ISU baju sekolah yang dikatakan menjadi punca jenayah seksual mencetuskan polemik di kalangan masyarakat, masing-masing memberi pendapat pro dan kontra.

ISU baju sekolah yang dikatakan menjadi punca jenayah seksual mencetuskan polemik di kalangan masyarakat, masing-masing memberi pendapat pro dan kontra.Ada berpendapat isu pakaian bukan penyebab utama jika dibandingkan dengan kerapuhan jati diri pelajar dalam mengekang asakan gejala sosial.

Segelintir masyarakat juga meletakkan kesalahan kepada ibu bapa dan pihak sekolah yang dikatakan tidak peka mengenai tahap berpakaian pelajar hingga mampu mengundang jenayah.Isu pakaian pelajar di institusi pengajian tinggi ( IPT) yang dikatakan semakin menjadi-jadi dan melanggar etika berpakaian sepertimana ditetapkan institusi menambah lagi kurang senang masyarakat.Senario itu bagai membenarkan pandangan serong itu selain mengiyakan pendapat cara berpakaian sedemikian punca utama kejadian jenayah.Persoalannya, adilkah meletakkan kesalahan kepada pakaian semata-mata sedangkan pakaian seragam itu sudah lama digunakan dan tidak pernah dipersoalkan sebelum ini.Apakah salah jika remaja ingin berpakaian mengikut naluri fesyen sendiri tanpa kongkongan atau jelingan masyarakat.Benarkah tanggapan masyarakat bahawa pelajar atau generasi hari ini sudah terlalu 'gedik' hingga sanggup mendedahkan diri menjadi mangsa selain terikut-ikut budaya bebas barat.Pensyarah fesyen Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Shah Alam, Faizal Hamid, berkata isu pakaian tidak seharusnya dijadikan polemik panas di kalangan masyarakat kerana cara berpakaian di kalangan pelajar harus diteliti secara keseluruhan.Menurutnya, cara seseorang berpakaian bersifat subjektif, tetapi material diguna pakai perlu dipantau kerana ada kalanya tidak kena kepada budaya dan pandangan masyarakat timur.“Kita tidak boleh menilai seseorang itu apabila melihat cara mereka berpakaian. Isu ini perlu dilihat secara menyeluruh.“Kita juga perlu mengambil kira pengaruh teknologi maklumat seperti Internet, bukan pakaian semata-mata punca jenayah seksual.“Jenayah boleh terjadi di mana-mana, bukan hanya di jalanan atau sekolah. Rumah yang dikatakan tempat paling selamat juga boleh mengundang bahaya,” katanya.Isu ini tercetus apabila Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta pihak tertentu menilai semula baju kurung seragam sekolah pelajar perempuan yang didakwa punca masalah sosial.Selain itu, pemantauan gaya kebanyakan pelajar IPT yang keterlaluan, moden dan tidak sesuai dipandang masyarakat turut menimbulkan konflik pelbagai pihak mengenai gaya berpakaian. Faizal berkata, semua individu berhak mencorakkan gaya pemakaian masing- masing kerana ia milik individu.“Justeru, terpulang bagaimana mahu menggayakan fesyen diingini. Jika masyarakat ingin memberi komen, itu juga hak mereka. “Bagaimanapun, biarlah dengan budaya timur, jangan keterlaluan kerana bukan saja tidak manis dipandang, malah menjadi umpatan sekeliling.“Pemilihan pakaian atau fesyen biarlah kena dan bersesuaian supaya tidak merosakkan nama, maruah dan diri,” katanya.Ditanya adakah cara berpakaian pelajar kini semakin seksi dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, beliau berkata ia bukan faktor utama. Beliau berkata, jenayah seksual tetap berlaku kepada mereka yang menutup aurat kerana istilah 'seksi' dan ' montok' sangat subjektif.“Kita tidak boleh kata, pelajar hari ini seksi kerana mereka sudah lama berbaju kurung ke sekolah. Adakah kita pernah dengar baju berkenaan menjolok mata? “Pakaian sekolah hari ini sudah lengkap cuma perbezaan fabrik menyebabkan bahagian tertentu terserlah lantas mengundang perasaan kurang selesa orang lain.“Jenayah berlaku boleh didasari faktor lain, contohnya alpa menjaga keselamatan diri dan terlalu berani. Jangan salahkan pakaian,” katanya.Mengulas mengenai cara pakaian pelajar dan remaja masa kini yang dikatakan terlalu menjolok mata, Faizal mengakui, aliran fesyen sudah berubah dan berupaya mempengaruhi gaya masing- masing.“Bagaimanapun, tidak adil meletakkan aliran fesyen sebagai sebab kejatuhan akhlak. Ditegaskan faktor itu tidak boleh dikaitkan dengan pembentukan peribadi seseorang.“Kita mungkin lihat seorang remaja lincah dan berpakaian sangat moden, tetapi siapa tahu dia sebenarnya baik hati? Justeru, masyarakat jangan terlalu cepat menuduh dan buat penilaian.“Mereka perlu faham, aliran fesyen sentiasa berubah dan mahu mencubanya. Kita tidak boleh suruh mereka bergaya ikut kehendak diri kerana mungkin dikatakan ketinggalan zaman,” katanya.

“Punca masalah sosial perlu ditangani dengan lebih praktikal dan remaja perempuan yang memakai pakaian kurang sopan perlu dididik dan dinasihati ibu bapa dengan berhemah supaya mereka tidak cepat melenting dan memberontak.“Pada masa sama, ambil pendekatan menerangkan tidak salah berpakaian moden yang tidak menjolok mata tapi menarik.“Anak-anak perlu tahu tanggungjawab menghormati tubuh badan sendiri dengan memakai pakaian tidak menjolok mata,” katanya.

Tuesday, June 3

Pak Pandir dan Pak Kaduk

Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.
Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?
Pak Kaduk: Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ikor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada ingkau!

Pak Pandir termenung. Berapa ya?

Pak Pandir: Emmm...Empat kut?

Kisah Malam Jumaat

Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat.Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus.Masa berputar...pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.....